Hilux warga asing rmpuh Proton persona,” Wanita warga emas mninggal suaminya cdera trsepit


Seorang m4ut manakala empat lagi ceder4, termasuk bayi lelaki apabila kereta dinaiki bertembvng dengan pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berdekatan Taman Makmur, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya berkata, m4ngsa m4ut adalah wanita warga emas dikenali sebagai Nafs1ah Abd Rahman, 63, yang menaik kereta Proton Persona.

Katanya, empat yang lain membabitkan seorang lelaki, dua wanita dan bayi lelaki yang menaiki Proton Persona itu cedera, sementara pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux, lelaki warga Indonesia selamat.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima 6.04 petang tadi.

Setibanya di situ, pemandu Proton Persona tersep1t manakala empat mangsa lain diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan hospital.

Bomba bertindak menggunakan peralatan menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak hospital serta polis untuk tindakan selanjutnya, katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, nahas dipercayai berpunca apabila Toyota Hilux terbabas sebelum memasuki laluan Proton Persona dari arah bertentangan.

Katanya, operasi tamat 6.56 petang hari ini, semoga suami arwah segera sembuh amat berat untuk terima semua ini isteri tersayang meninggal depan mata akibat kecuaian orang lain. Al fatihah.