Ustaz Jalaluddin Hassan Dijemput Ilahi Semasa Tunai Umrah


Pemergian yang dicemburui, dijemput pulang semasa dalam keadaan beribadah di tanah suci. Pada 14 Disember lepas, Berita Harian Singapura melaporkan bahawa Naib Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas), Ustaz Jalaluddin Hassan, telah mening.gal dunia di Makkah, Arab Saudi.

Allahyarham, yang juga Pengarah Urusan Jalaluddin Travel & Services, dipercayai berada di Tanah Suci atas urusan umrah.

Berita ini turut disahkan oleh Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat.

Beliau berkata, “Kita semua dalam kesedihan. Lagi-lagi Ustaz Jalaluddin Hassan ialah Naib Presiden Amtas dan saya telah letakkan harapan baginya untuk mengganti saya pada masa hadapan.

“Tapi Allah lagi sayangnya daripada kita dan dipanggil Allah di tempat yang baik daripada segala-galanya iaitu di kota Mekah al-Mukarramah. Kesedihan yang dirasakan memang tidak dapat digambarkan dan kita akan doakan bersama-sama.”

Jena.zah Allahyarham dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan sebelum dikebu.mikan selepas solat Asar.

Menurut Ustaz TM Fouzy lagi, isteri Allahyarham memaklumkan Allahyarham mengadu sa.kit belakang pada pukul 2 pagi.

Beliau kemudian dibawa ke klinik swasta AlBayt di Kompleks Menara Zam-zam tetapi klinik itu tutup. Ustaz Jalaluddin rebah di situ.

Salah seorang jemaah umrah Jalaluddin Travel, Muhd Khorudin berkata: “Semalam (13 Dis) baru habis ziarah, buat ziarah dan umrah dari Jaaranah, dia (Allahyarham) ikut umrah, dia balik mungkin penat agaknya.”

“Malamnya kita baru makan bersama di restoran jadi kita tak nampak dia (Allahyarham) sa.kit, jadi tak menyangka,” kata seorang lagi jemaah umrah yang bernama Syarif.

Allahyarham Ustaz Jalaluddin dilaporkan berangkat ke Arab Saudi pada 7 Disember lalu untuk bersama 47 jemaah umrah Singapura di Madinah, sebelum tiba di Makkah, dua hari lalu. Allahyarham sepatutnya pulang semula ke Singapura pada hari ini, 17 Disember.
Video Player

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan syuhada. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Allaahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anh